Wednesday, December 30, 2009

Jemputan ke Picnic di Taman Metropolitan, Kepong pada 1 Jan 2010

Assalamualaikum wrt....

Kami ingin menjemput semua ahli wanita JIM Titiwangsa ke :-


Picnic "Ladies Day Out"


pada
1 Januari 2010 (Jumaat)

masa
8.30 pagi - 12 tghari

di

Taman Metropolitan, Kepong
(tempat bermain layang-layang)

Konsep :- Berkelah bersama rakan-rakan dan anak-anak

Makanan :- Pot Luck (setiap orang boleh bawa sedikit bekal utk berkelah di taman)



Jom, jumper di sana !!!



Peta ke Taman Metropolitan :-
Route: Taman Metropolitan Kepong
Parking: Plenty around the area
Features: Park surroundings, undulating terrain, toilet facilities (20 cents per entry)
Surface: Synthetic track and tarred
Best time to run: Mornings or evenings
Getting there: Please refer to location map Or download the directional map here

Monday, December 14, 2009

Mohon Doa dan Solat Hajat buat Dr Maimunah Fadzil

Salam,

Mohon doa serta solat hajat daripada semua akhawat dan sahabat sekalian di atas ujian yang menimpa sahabat kita, Dr Maimunah Fadzil yang merupakan Timbalan Ketua Wanita JIM Melaka. Semoga Allah memberi kekuatan dalaman dan luaran buat Dr Maimunah juga keluarga tersayang dalam mengharungi dugaan ini. Semoga Allah melindungi Dr Maimunah daripada jangkitan virus HIV. Amin.


Serba sedikit tentang apa yang berlaku berdasarkan email daripada Dr Maimunah serta Puan Nor Hayati di bawah.


Email daripada Dr Maimunah Fadzil


ASSALAMUALAIKUM buat semua Salam sayang salam ukhuwah...

ana tidak menjangka kalian respon begitu perhatin atas peristiwa kecil yg berlaku pada ana..jazakallaahukh airan khathira...muga Allah lah yg mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas niat usaha tindakan kalian buat ana..sekadar hamba NYA..bukan sesiapa..

pesakit ini sudah lama beberapa kali datang mendapat rawatan dari ana, sejarahnya semasa mengandung anak pertama, suaminya meninggal dunia dan diberitahu suaminya HIV POSITIVE, semasa itu pesakit ini statusnya Negative.

kerana beliau janda muda beranak satu, maka beliau berkahwin dengan suami kedua yg bersih berstatus HIV Negative, semasa mengandung anak kedua ini tiba-tiba muncul HIV STATUSNYA POSITIVE. Anak pertama nya juga apabila di test sekarang Positive.

Ini bermakna semasa test yg lepas beliau dlm masa 'window period' sudah dijangkiti namun tidak dapat dikesan oleh screening test.


yang paling menarik berkenaan kes ini, semasa memanggil suami kedua nya utk kaunselling, suaminya seorang lelaki yg serba sederhana dan kelihatan tenang sekali menyatakan;
'saya tidak rasa terkejut, tidak takut, tidak rasa susah hati, tidak salahkan sesiapa, seandainya ditakdirkan saya mati pun kerana jangkitan penyakit ini saya redha kalau begitu ketentuan Nya, bukan kah kita yakini Allah itu Maha Adil, Maha Menyaksikan, Allah tidak akan sekali-kali mengurangi ganjaran yg sebaik-baiknya kpd setiap amalan hamba-hamba NYA, sekurang-kurangnya saya lebih memahami perasaan isteri saya antara orang-orang yg teraniaya, saya insya Allah akan tetap menemaninya serta membantunya tanpa berbelah bagi semampunya'.

jawaban itu membuat diri ini rasa kagum dgn ketenangan, ketabahan seorang lelaki menghadapi mehnah, sesungguhnya Allah telah merezkikan pengganti suaminya dgn seorang lelaki yg lebih baik utk menemaninya melaui detik-detik kehidupan di dunia ini.

selepas itu saya loss contact..sbb di hospital kerajaan pesakit boleh dirawat oleh mana-mana doktor yg bertugas.... sehingga sekitar jam 2.30ptg hari selasa 8 Dec..ana baru keluar dari bilik bedah utama selepas habis buat pembedahan elektif dari pagi hingga sekaranng ..rasa perut berkeroncong teringat nak makan tengahhhari. ..namun .hp terjerit-jerit mohon di jawab,....Dr Mai ini panggilan dari OTM (bilik bedah dlm Kamar Bersalin)..kami perlu bantuan emergency... pesakit berdarah sudah lebih 3000 mls pendarahan tidak dapat dihentikan dengan cara biasa..


emm kalau turutkan hati..ana bleh kata...apasal panggil saya?..panggillah yg oncall ke.. yg incharge kamar bersalin ke.. tak kena mengena gan aku....namun seperti ada satu kuasa utk mengejarkan kaki ini ke arah OTM..ingin membantu..tanpa dibantu pesakit boleh kehilangan darah 500mls seminit...dlm masa beberapa minit jantungnya boleh terhenti...mati. ..di situ...seorang wanita terlantar berlumuran darah..melimpah limpah hinggan ke lantai, darah merah memancut-mancut dari ruang organ peranakan yg tidak mampu mengecut selepas melahirkan.. .

Dr..pesakit ni well known HIV POSITIVE!

tanpa byk soal, scrap up pakai baju bagai nak jadi angkasawan.. .mulakan operasi pembedahan hysterectomy ..membuang rahim dlm suasana seolah-olah bersawah dengan darah, teringat daku yg dulu biasa bersawah padi ..tiba-tiba di gigit ular..aauuu. .tiba tiba jejariku terasa sakit pedih, bukan gigitan ular tapi tercucuk jarum la!...operasi tidak boleh dihentikan ..kehilangan darah sudah mencapai 4500cc..teruskan dengan terfikir-fikir sudah adakah HIV VIRUS menembusi aliran darahku lalu bermaharaja lelakah mereka dalam sistem tubuhku?

Alhamdulillah pesakit dapat diselamatkan. .di bawa ke ICU, ditambah darah, di stabilkan..baru teringat nak buat cam ne dgn diriku ini?..kalau bukan HIV POSITIVE kebiasaannya ana buat tak kisah tercucuk jarum ni ana anggap remeh...namun kali ini tidak..terpaksa ikut prosedur yg ditetapkan mengadu pada pakar Medical Oncall, mereka hantar 2 orang Pegawai utk kaunselling ana, nasihat utk ambil 3 jenis ubat antiHIV pagi petang sampai sebulan..itupun belum tentu 100% dapat hapuskan..

Ya ALLAH aku redha dengan segala ketentuan Mu, namun sengsaranya kesan ubat ini membuat aku mengimbau detik-detik mengambil kemotherapy dulu..rasa loya tali temali, rasa bengang sakit kepala ganti berganti, segala otot, sendi tulang sakit lengok, lemah tak terdaya...maka aku lebih memahami rasa mereka -mereka yg terpaksa menjalani rawatan ini deritanya mereka ..teraniayaa. .kerna hasil dosa-dosa orang lain..

segalanya membuat aku lebih sedar...kebobrokan masyarakat adalah tanggungjawab kita bersama...muga permuafakatan ummah kita pacukan..agar dapat rahmatan lillalamin.. muga.rahmat Allah..melimpahi seluruh alam..aaamin. .

Dr Mai


Email daripada Puan Nor Hayati M Yusof

Assalamualaikum wrt,
Sahabat2 yang dikasihi sekelian,

Ini yang KYati dapat dari DR Mai semalam and dah diConfirmkan dengan Dr Zainal. Masa inform Dr Mai ttg usrah kami malam ni, dia smskan, "InsyaAllah datang tapi tak janji sebab saya sedang on triple anti HIV due to br tercuck jarum masa buat operasi emergency pt HIV, rasa macam kena kemotherapy balik" . Bila call Dr Zainal for confirmation, Dr Zainal kata betul Dr Mai terkena jarum yang dah disuntik kepada pesakit HIV tu. Tapi Dr Zainal tak diceritakan secara detail macamana perkara ini berlaku. Cuma kata dia memang dah ambil extra precaution bila handle pesakit HIV tapi kalau nak jadi jugak, redha sajalah. Positive atau tidak belum tahu.
So, atas nasihat Ustazah Arfah and Kak Maznah pun suggest yang sama, jangan tangguh2, InsyaAllah, malam ni akhawat Melaka semua akan ke rumah KTina untuk, solat hajat, baca Yassin and doa menggunakan air zamzam and kalau boleh air tu bagi kat Darul Syifa mintak ustaz2 buat yang sama and air zamzam tu kemudian bagi Dr Mai minum.

Dr Mai kata, kita serah pada Allah, kerana Ia lebih menyedarkan tanggungjawab kita kepada kebobrokkan masyarakat yang mampu memercikkan kebusukkannya kepada semua ahli masyarakat.
Kan Rasulullah kata kita ni hidup dalam masyarakat macam duduk dalam sampan, kalau berlubang sampan tu and kita tak buat apa2 akhirnya kita pun terkena padahnya. Wallahualam.

So, sahabat jom sahut seruan Presiden akhi Zaid " Membina permuafakatn ummah, alam dilimpahi rahmah"

Wassallam.
KYati

Sunday, December 13, 2009

Jom ke Karnival Sukarelawan Belia 2009

Apa yang menarik di Karnival Sukarelawan Belia (KASUKABE) 2009 ?

  • Forum Belia : "Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan" oleh ahli panel belia iaitu Saudara Muadz (artis) , Saudara Wan Hafizam Wan Ismail (Penderma hati pertama di Malaysia) dan Saudari Maryam Aizuddin (Aktivis Wanita JIM Pusat).
  • Senaman 1Malaysia untuk seisi keluarga
  • Pemeriksaan Kesihatan Percuma
  • Derma Darah
  • Perasmian oleh ADUN Chempaka, YB Iskandar
  • Pelancaran Boikot Barangan Israel
  • Mini Konsert Amal oleh Muadz, SaffOne dan kumpulan nasyid SMI Hira'
  • Car Boot Sale (Hubungi Abdullah Umair 012-7095715)
  • Pendaftaran Pengundi Baru
  • Pelbagai jualan, gerai dan pameran oleh NGO dan Jabatan Kerajaan
  • Sukaneka kanak-kanak
  • Sukaneka rakyat (dewasa dan remaja)
Jemput hadir beramai-ramai!
?ui=2&view=att&th=12580d7e5f6aa402&attid=0.1&disp=attd&realattid=ii_12580d7e5f6aa402&zw

Friday, December 11, 2009

Guna harta untuk dunia, akhirat

Bersama Mohd Zawawi Yusoh

SAAD bin Musa al-Ansari bercerita: Pada satu hari ketika pulang daripada perang Tabuk beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu Rasulullah melihat tangan Saad yang kulitnya hangus kehitaman.

Kemudian Rasulullah bertanya kepada Saad, "Apa yang terjadi kepada tangan kamu? Jawab Saad: "Aku mencangkul tanah untuk menanam pokok demi mencari nafkah buat keluarga aku."

Lalu Rasulullah mengambil tangan Saad kemudian menciumnya sambil bersabda: "Inilah tangan yang tidak disentuh api neraka." Dalam riwayat lain: Selepas mencium tangan Saad, Nabi bersabda: "Inilah tangan yang dicintai Allah dan Rasulullah."

Ketika kita membaca hadis ini, kita sebenarnya patut sedar bagaimana Rasulullah yang agung itu boleh mengambil tangan Saad iaitu seorang orang biasa.

Apa istimewanya kulit yang hitam, keras dan melepuh itu dalam Islam? Kemudian apa kaitannya dengan risalah Rasulullah s.a.w? Seolah-olah ada kaitannya; cangkul dengan agama dan syurga.

Jika dilihat tangan yang melepuh itu adalah disebabkan kerja yang dilakukan. Kerja pula adalah perkara dunia dan mencari nafkah juga soal dunia. Makanan yang dimakan pula akhirnya akan bertukar menjadi najis. Ini menggambarkan seolah-olah Rasulullah s.a.w mahu memberitahu dunia dan akhirat perlu dipertemukan serta saling melengkapi.

Apakah dengan bekerja itu kita boleh masuk syurga? Inilah paradigma yang kini disalah erti serta disalah anggap berkenaan hakikat dunia apabila sudah berlaku pemisahan antara dunia dan akhirat.

Atas sebab itu generasi umat Islam pernah ketinggalan jauh di belakang kerana memisahkan dunia dengan akhirat. Ada pula yang terlalu mengutamakan kerohanian yang sesat sehingga mengatakan Islam agama yang tidak memerlukan dunia.Kedengaran juga ada yang mengatakan dunia buat orang kafir menyebabkan kita terus ketinggalan sehingga agama itu tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Bagi rakyat Malaysia matlamat menuju menjadi sebuah negara maju pada 2020 kian hampir, tetapi yang ditakutkan apabila kedua-duanya kosong, dunia tidak dapat dan akhirat pun begitu juga. Mengikut sejarah peradaban Islam lampau, memang jelas membuktikan kefahaman yang dibina berdasarkan hadis Nabi terbukti berjaya.

Mereka berebut mencari dunia bagi membina agama. Dapat disimpulkan mereka membuktikan harta adalah satu perkara mulia jika dimiliki orang yang soleh.Cuma yang tinggal adalah bagaimana dunia yang kita idam dan impikan itu hendak ditukarkan supaya boleh digunakan di dunia dan di akhirat.

Terdapat enam syarat jika kita penuhi, kita bakal bergelar VIP dunia dan akhirat serta menjadikan kita sentiasa beribadat selama 24 jam sehari semalam.

1. Ikhlas

Untuk mendapatkan keikhlasan seseorang itu perlu menetapkan di hati mereka setiap perkara yang dilakukan itu adalah kerana Allah. Ini kerana Allah Maha Mengetahui setiap perkara. Jadi tidak perlu riak dan hendaklah berusaha melakukan sebaik mungkin kerana semua amalan akan dihitung di hadapan Allah kelak.

2. Semua perkara yang diusahakan hendaklah berasaskan sumber yang halal.

Ini termasuk kita perlu mematuhi segala bentuk syariat yang ditetapkan serta berlandaskan undang-undang negara.

3. Melalui proses yang betul

Kita perlu meneliti sumber setiap pekerjaan dan mengelak daripada mencuri tulang serta mengambil harta orang lain. Selain itu jauhkan diri daripada bersikap tamak serta hasad dengki sesama manusia.

4. Pekerjaan hendaklah dibuat secara betul

Kita tidak boleh sesekali melakukan kerja dengan sambil lewa. Jadi kita perlu mengerah seluruh tenaga bagi memungkinkan kita menghasilkan kerja yang terbaik.

5. Menekankan prinsip dan disiplin tinggi dalam pekerjaan

Biar apa pun desakan kerja yang kita hadapi pastikan kita tidak sampai melanggar perkara yang ditegah agama. Pastikan juga kita sentiasa menjaga solat dan menutup aurat.

6. Gunakan hasil yang diperoleh secara bijaksana

Setiap kejayaan yang diperoleh hendaklah disalurkan bagi faedah bersama. Kita ditegah menggunakan kuasa yang dimiliki dengan berbuat zalim serta merendah-rendahkan orang lain. Kesimpulannya, harta yang mulia adalah dengan menikmati segala kekayaan seperti kesihatan, harta benda, jawatan serta kuasa itu bagi meningkatkan ketaatan serta keredaan kepada Allah s.w.t.


Wednesday, December 09, 2009

Wanita JIM garis empat persediaan dakwah

MS FiSab
sumber : malaysiaharmoni.com


KUALA KANGSAR, 4 Disember – Tabuh Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional (PPWN) kali ke-16 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah digendangkan di Dewan Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR) yang dimulakan dengan bacaan doa pembukaan juga bacaan al-Quran.

‘Memacu Iltizam Mendepani Cabaran Penegakan Syariah’ menjadi agenda utama bagi Ucapan Dasar Ketua Wanita JIM, bersempena sedekad memimpin dan memikul amanah berat tersebut.

“Memandangkan setiap antara kita tidak mempunyai banyak masa juga tenaga untuk dibazirkan kepada sesuatu yang tidak berfaedah serta bertentangan dengan prinsip juga dasar yang digariskan oleh Islam,” ujar Profesor Madya Dr Harlina Halizah Haji Siraj.

Setiap keputusan dan tindakan pendakwah perlulah berdasarkan al-Quran dan sunnah. Justeru, isu utama yang perlu diketengahkan berkaitan dasar perjuangan organisasi.

“Untuk mendepani segala yang disasarkan itu, golongan pendakwah sering kali dihidangkan pelbagai cabaran dalaman yang perlu diteliti sebagai persediaan awal, iaitu dengan mengenal diri yang sebenar, mengusai ego manusia, menjana keikhlasan dalam setiap tindakan serta cabaran dalaman dan menghias diri dengan akhlak terpuji.”

Dr Khairul Sozana Nor Kamaruddin, Ketua Wanita JIM Negeri Johor selaku pembahas ucapan dasar Ketua Wanita kedua mengetengahkan bahawa perjuangan hidup berjemaah menjadi satu kesepaduan dalam setiap gerak kerja yang dilaksanakan, di samping mentarbiah ahli serta tidak gentar berdepan dengan cabaran juga halangan yang mendatang.

“Seorang pendakwah perlukan perhentian namun perhentian itu bukanlah bersifat berterusan, tetapi memberi peluang kepada generasi lain menerajui agenda yang telah dirancang. Sekalian kita perlu memiliki petanda aras yang utama iaitu ikhlas serta tidak melupakan melaksanakan proses pentarbiahan kepada anak-anak di tadika pada ketika memandang dan memberi perhatian terhadap generasi belia remaja atau dikenali sebagai gen-Y,” begitulah ulasan ucapan dasar yang dirangkumkan oleh Timbalan Ketua Wanita JIM Kelantan.

Pembahas Ucapan Dasar Ketua Wanita terdiri daripada 15 perwakilan yang mewakili setiap negeri, tetapi dan hanya dua pembahas yeng menonjolkan gen-Y iaitu Negeri Melaka yang diwakili Sumayyah Abd Aziz dan Negeri Selangor menerusi Nadia Ariffin, manakala wakil Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) Pusat, Khadijah Azman turut menekankan isu yang sama.

JIM mengadakan Perhimpunan Perwakilan Nasionalnya di KISDAR dari 4 hingga 6 Disember 2009 yang dijangka dihadiri lebih 600 orang perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara.

Pimpinan JIM Pusat dan Wanita JIM Pusat sesi 2009-2011


Kenyataan Media
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
8 Disember 2009


Pada 4 hingga 6 Disember 2009, Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) telah mengadakan Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional (PPWN) ke-16 dan Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) ke-19 bertempat di Kolej Islam Darul Ridzuan, Kuala Kangsar, Perak.

Dalam Perhimpunan Perwakilan Nasional (PPN) ke-19 pada 5 dan 6 Disember 2009 yang bertemakan Membina Permuafakatan Ummah, Alam Dilimpahi Rahmah, barisan pimpinan baru telah dilantik. Berikut adalah senarai pimpinan baru JIM Pusat untuk sesi 2009-2011:

Presiden : Hj. Zaid Kamaruddin
Timbalan Presiden : Hj. Syed Ibrahim Syed Noh
Naib Presiden : Prof. Dr. Hj. Sahrim Ahmad
Naib Presiden : Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj
Setiausaha Agung : Hj. Nahar Md. Nor
Bendahari : Hj. Tuan Yaacob Tuan Sof
Ketua Wanita : Hjh Che Asmah Ibrahim
Penolong Setiausaha Agung : Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar
Ahli Jawatankuasa :

Hj. Ahmad Jamali Sepihie
Hj. Ahmad Raji Yaakub
Hj. Muhammad Abdullah @ Nicholas Sylvester Berry
Dr Zulfakar Ramlee
Hj Mokri Sabran
Prof Madya Dr Salwani Mohd Daud
Saudara Wan Muhammad Wan Ibrahim.


Perhimpunan Perwakilan Wanita Nasional ke-16 pada 4 Disember 2009 yang bertemakan Memacu Iltizam Mendepani Cabaran Penegakan Syariah juga telah melantik barisan pimpinan baru untuk sesi 2009-2011. Berikut adalah senarai pimpinan baru Wanita JIM Pusat untuk sesi 2009-2011:

Ketua Wanita : Hjh Che Asmah Ibrahim
Timbalan Ketua Wanita : Hjh Roselainy Abdul Rahman
Setiausaha Kehormat : Hjh Anfaal Saari
Bendahari : Hjh Fairuzana Haneem Mohamed Ali
Ahli Jawatankuasa :

Hjh Roha Hassan
Hjh Faridah Maludin
Puan Maryam Aizuddin


Pimpinan JIM Pusat dan Wanita JIM Pusat sesi 2009-2011 berazam untuk meneruskan usaha-usaha pengislahan ke arah pelaksanaan syariah Islam sepenuhnya di negara ini. Kepada Allah kami bertawakkal dan memohon kekuatan.

Hj. Nahar bin Md. Nor
Setiausaha Agung
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia
Sesi 2009-2011






Sunday, November 29, 2009

Silaturahim makin dilupakan

Tazkirah Remaja

Bersama Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

SILATURAHIM adalah sunnah yang tidak lagi diminati masyarakat hari ini. Buktinya ada di mana-mana. Wujudnya kejengkelan terhadap silaturahim bermula daripada diri individu, seterusnya melanda kepada institusi kekeluargaan.

Ada banyak kes hari ini menunjukkan silaturahim bukan suatu ikatan yang diutamakan. Antaranya, kes pembunuhan ibu atau bapa oleh anak-anak, suami membunuh isteri yang sedang menyusukan anak atau isteri membunuh suami yang curang.

Hubungan kekeluargaan adalah satu usaha untuk membentuk masyarakat Islam yang berkualiti. Dalam hubungan ini, kepentingan setiap individu terjamin apabila setiap anggotanya saling sayang menyayangi, melindungi dan ingat-mengingati.

Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Nisa' ayat 1, yang bermaksud: "Dan takutlah kepada Allah yang pinta-meminta kamu dengan nama-Nya dan (takutlah akan memutuskan) silaturahim. Sesungguhnya Allah mengawasi kamu."

Ibu bapa mempunyai kedudukan mulia di mata Allah sw.t. Ibu bapa juga orang yang paling hampir dengan kita dari aspek ikatan kekeluargaan dan pertalian darah.

Selayaknya ibu bapa menerima penghargaan yang amat besar daripada Allah s.w.t sebagai orang yang perlu dihormati kerana bersusah payah menjaga kita sejak dalam kandungan sehingga meningkat dewasa.

Iman seseorang juga tidak sempurna jika mencalarkan kebeningan hati ibu bapa. Begitu juga bila berbicara mengenai jasa dan pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dibalas dengan apa jua perkara.

Pada zaman nabi, ada kisah yang berlaku ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya dan dia amat keletihan.

Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: "Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini?" Ibnu Umar menjawab: "Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya."

Selain ibu bapa, kita juga harus menjaga silaturahim sesama jiran. Jiran tetangga adalah kerabat paling hampir dengan keluarga kita. Malah, hubungan rapat dan mesra yang terjalin kadangkala melebihi sanak-saudara.

Allah s.w.t memerintahkan manusia supaya berlaku baik terhadap jiran tetangga, sama ada jiran tetangga dekat ataupun jauh. Ini jelas sebagaimana firman-Nya dalam surah An-Nisaa', ayat 36 yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah, dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba sahaya yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membanggakan dirinya."

Sabda baginda yang bermaksud: "Tidak akan masuk syurga seorang yang jiran tetangganya tidak aman daripada kejahatannya." (Riwayat Muslim)."

Silaturahim yang dipupuk dalam diri sendiri membawa kepada ikatan kekeluargaan, seterusnya diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat yang mempunyai banyak kebaikan di dunia dan akhirat.

Pernah diriwayatkan mengenai rumah yang tidak dimasuki syaitan. Antara rumah yang dibenci syaitan ialah rumah yang penghuninya sentiasa menjaga dan menghubungkan silaturahim, menjaga adab dan berbakti kepada orang tuanya. Selain itu, ia termasuk rumah yang penghuninya terdiri daripada pasangan yang soleh dan solehah serta saling faham memahami dan bertolak ansur selain suka memaafkan orang lain dan rumah yang sentiasa dipenuhi dengan ucapan salam dan meminta izin.

Rumah sebegini yang dipenuhi dengan amalan mulia, akan memupuk ikatan silaturahim berpanjangan.

Saturday, November 21, 2009

Fitnah dan suara wanita

Fatwa Muasyirah, Dr Yusuf Qardhawi


PERTANYAAN :

Sebahagian orang berprasangka buruk terhadap wanita. Mereka menganggap wanita sebagai sumber segala bencana dan fitnah. Jika terjadi suatu bencana, mereka berkata, “Periksalah kaum wanita!”

Bahkan ada pula yang berkomentar, “Wanita merupakan sebab terjadinya penderitaan manusia sejak zaman bapa manusia (Adam) hingga sekarang, kerana wanitalah yang mendorong Adam untuk memakan buah terlarang hingga dikeluarkannya dari syurga dan terjadilah penderitaan dan kesengsaraan atas dirinya dan diri kita sekarang.”

Anehnya, mereka juga mengemukakan dalil-dalil agama untuk menguatkan pendapatnya itu, yang kadang-kadang tidak sahih, dan adakalanya - meskipun sahih - mereka fahami secara tidak benar, seperti terhadap hadis-hadis yang berisi peringatan terhadap fitnah wanita, misalnya sabda Rasulullah SAW, “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) perempuan.”

Apakah maksud hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seperti itu? Hadis-hadis tersebut kadang-kadang dibawakan oleh para penceramah dan khatib, sehingga dijadikan alat oleh suatu kaum untuk menjelek-jelekkan kaum wanita dan oleh sebahagian lagi untuk menjelek-jelekkan Islam.

Mereka menuduh Islam itu dusta (palsu) kerana bersikap keras terhadap wanita dan kadang-kadang bersikap zalim. Mereka juga mengatakan, “Sesungguhnya suara wanita - sebagaimana wajahnya - adalah aurat. Wanita dikurung dalam rumah sampai meninggal dunia.”

Kami yakin bahawa tidak ada agama seperti Islam, yang menyedarkan kaum wanita, melindunginya, memuliakannya, dan memberikan hak-hak kepadanya. Namun, kami tidak memiliki penjelasan dan dalil-dalil sebagai yang ustaz miliki. Kerana itu, kami mengharap ustaz dapat menjelaskan makna dan maksud hadis-hadis ini kepada orang-orang yang tidak mengerti Islam atau berpura-pura tidak mengerti.

Semoga Allah menambah petunjuk dan taufik-Nya untuk ustaz dan menyebar manfaat ilmu-Nya melalui Ustaz.

Amin.

JAWABAN :

Sebenarnya tidak ada satu pun agama langit atau agama bumi, kecuali Islam, yang memuliakan wanita, memberikan haknya, dan menyayanginya. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai manusia. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai anak perempuan.

Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai isteri. Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memeliharanya sebagai ibu. Dan Islam memuliakan wanita, memberikan haknya, dan memelihara serta melindunginya sebagai anggota masyarakat.

Islam memuliakan wanita sebagai manusia yang diberi tugas (taklif) dan tanggungjawab yang utuh seperti halnya laki-laki, yang kelak akan mendapatkan pahala atau siksa sebagai balasannya. Tugas yang mula-mula diberikan Allah kepada manusia bukan khusus untuk laki-laki, tetapi juga untuk perempuan, yakni Adam dan isterinya (lihat kembali surah al-Baqarah [002], ayat 35 - Dan Kami berfirman: "Hai Adam diamilah oleh kamu dan isterimu syurga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.)"

Perlu diketahui bahawa tidak ada satu pun nas Islam, baik Al-Quran mahupun As-Sunnah sahihah, yang mengatakan bahawa wanita (Hawa) yang menjadi penyebab diusirnya laki-laki (Adam) dari syurga dan menjadi penyebab penderitaan anak cucunya kelak, sebagaimana disebutkan dalam Kitab Perjanjian Lama.

Bahkan Al-Quran menegaskan bahawa Adamlah orang pertama yang dimintai pertanggungjawaban (lihat kembali surah Thaahaa [020], ayat 115~122, "Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepada Adam dahulu, maka ia lupa (akan perintah itu), dan tidak Kami dapati padanya kemahuan yang kuat. ......... Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan durhakalah Adam kepada Tuhan dan sesatlah ia. Kemudian Tuhannya memilihnya maka Dia menerima tobatnya dan memberinya petunjuk.)"

Namun, sangat disayangkan masih banyak umat Islam yang merendahkan kaum wanita dengan cara mengurangi hak-haknya serta mengharamkannya dari apa-apa yang telah ditetapkan syarak. Padahal, syariat Islam sendiri telah menempatkan wanita pada proporsi yang sangat jelas, yakni sebagai manusia, sebagai perempuan, sebagai anak perempuan, sebagai isteri, atau sebagai ibu.

Yang lebih memprihatinkan, sikap merendahkan wanita tersebut sering disampaikan dengan mengatas namakan agama (Islam), padahal Islam bebas dari semua itu. Orang-orang yang bersikap demikian kerap menisbatkan pendapatnya dengan hadis Nabi SAW yang berbunyi, “Bermusyawarahlah dengan kaum wanita kemudian langgarlah (selisihlah) .”

Hadis ini sebenarnya palsu (maudhu'). Tidak ada nilainya sama sekali serta tidak ada bobotnya ditinjau dari segi ilmu (hadis). Yang benar, Nabi SAW pernah bermusyawarah dengan isterinya, Ummu Salamah, dalam satu urusan penting mengenai umat. Lalu Ummu Salamah mengemukakan pemikirannya, dan Rasulullah pun menerimanya dengan rela serta sedar, dan ternyata dalam pemikiran Ummu Salamah terdapat kebaikan dan berkah.

Mereka, yang merendahkan wanita itu, juga sering menisbatkan kepada perkataan Ali bin Abi Thalib bahawa "Wanita itu jelek segala-galanya, dan segala kejelekan itu berpangkal dari wanita." Perkataan ini tidak dapat diterima sama sekali; ia bukan dari logika Islam, dan bukan dari nas.

Bagaimana bisa terjadi diskriminasi seperti itu, sedangkan Al-Quran selalu menyejajarkan muslim dengan muslimah, wanita beriman dengan laki-laki beriman, wanita yang taat dengan laki-laki yang taat, dan seterusnya, sebagaimana disinyalir dalam Kitab Allah.

Mereka juga mengatakan bahawa suara wanita itu aurat, kerananya tidak boleh wanita berkata-kata kepada laki-laki selain suami atau mahramnya. Sebab, suara dengan tabiatnya yang merdu dapat menimbulkan fitnah dan membangkitkan syahwat. Ketika kami tanyakan dalil yang dapat dijadikan acuan dan sandaran, mereka tidak dapat menunjukkannya.

Apakah mereka tidak tahu bahawa Al-Quran memperbolehkan laki-laki bertanya kepada isteri-isteri Nabi SAW dari balik tabir? Bukankah isteri-isteri Nabi itu mendapatkan tugas dan tanggungjawab yang lebih berat daripada isteri-isteri yang lain, sehingga ada beberapa perkara yang diharamkan kepada mereka yang tidak diharamkan kepada selain mereka? Namun demikian, Allah berfirman, “Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir ...” (Surah al-Ahzab [033], ayat 53)

Permintaan atau pertanyaan (dari para sahabat) itu sudah tentu memerlukan jawapan dari Ummahatul Mukminin (ibunya kaum mukmin: isteri-isteri Nabi). Mereka biasa memberi fatwa kepada orang yang meminta fatwa kepada mereka, dan meriwayatkan hadis-hadis bagi orang yang ingin mengambil hadis mereka.

Pernah ada seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW di hadapan kaum laki-laki. Ia tidak merasa keberatan melakukan hal itu, dan Nabi pun tidak melarangnya.

Dan pernah ada seorang wanita yang menyangkal pendapat Umar ketika Umar sedang berpidato di atas mimbar. Atas sanggahan itu, Umar tidak mengingkarinya, bahkan ia mengakui kebenaran wanita tersebut dan mengakui kesalahannya sendiri seraya berkata, “Semua orang (bisa) lebih mengerti daripada Umar.”

Kita juga mengetahui seorang wanita muda, puteri seorang syeikh yang sudah tua (Nabi Syu'aib; ed.) yang berkata kepada Musa, sebagai dikisahkan dalam Al-Quran, “...Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberi balasan terhadap (kebaikan)-mu memberi minum (ternak) kami ...” (Surah al-Qashash [028], ayat 25)

Sebelum itu, wanita tersebut dan saudara perempuannya juga berkata kepada Musa ketika Musa bertanya kepada mereka:

“... Apakah maksudmu (dengan berbuat begitu)? Kedua wanita itu menjawab, 'Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sebelum penggembala- penggembala itu memulangkan (ternaknya), sedangkan bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut usianya.” (Surah al-Qashash [028], ayat 23)

Selanjutnya, Al-Quran juga menceritakan kepada kita percakapan yang terjadi antara Nabi Sulaiman a.s. dengan Ratu Saba, serta percakapan sang Ratu dengan kaumnya yang laki-laki.

Begitu pula peraturan (syariat) bagi nabi-nabi sebelum kita menjadi peraturan kita selama peraturan kita tidak menghapuskannya, sebagaimana pendapat yang terpilih.

Yang dilarang bagi wanita ialah melunakkan pembicaraan untuk menarik laki-laki, yang oleh Al-Quran diistilahkan dengan al-khudhu bil-qaul (tunduk /lunak/memikat dalam berbicara), sebagaimana disebutkan dalam firman Allah, “Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik.” (Surah al-Ahzab [033], ayat 32)

Allah melarang khudhu, yakni cara bicara yang bisa membangkitkan nafsu orang-orang yang hatinya ‘berpenyakit’. Namun, dengan ini bukan bererti Allah melarang semua pembicaraan wanita dengan setiap laki-laki. Perhatikan hujung ayat dari surah di atas, “…dan ucapkanlah perkataan yang baik.”

Orang-orang yang merendahkan wanita itu sering memahami hadis dengan salah. Hadis-hadis yang mereka sampaikan antara lain yang diriwayatkan Imam Bukhari bahawa Nabi SAW bersabda, “Tidaklah aku tinggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih membahayakan bagi laki-laki daripada (fitnah) wanita.”

Mereka telah salah faham. Kata fitnah dalam hadis di atas mereka ertikan dengan “wanita itu jelek dan merupakan azab, ancaman, atau musibah yang ditimpakan manusia seperti ditimpa kemiskinan, penyakit, kelaparan, dan ketakutan.” Mereka melupakan suatu masalah yang penting, iaitu bahawa manusia difitnah (diuji) dengan kenikmatan lebih banyak daripada diuji dengan musibah.

Allah berfirman, “... Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) ....” (Surah al-Anbiyaa [021], ayat 35)

Al-Quran juga menyebutkan harta dan anak-anak - yang merupakan kenikmatan hidup dunia dan perhiasannya - sebagai fitnah yang harus diwaspadai, sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu)...” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 15)

“Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan ...” (Surah al-Anfaal [008], ayat 28)

Fitnah harta dan anak-anak itu ialah kadang-kadang harta atau anak-anak melalaikan manusia dari kewajiban kepada Tuhannya dan melupakan akhirat. Dalam hal ini Allah berfirman, “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munaafiquun [064], ayat 9)

Sebagaimana dikhawatirkan manusia akan terfitnah oleh harta dan anak-anak, mereka pun dikhawatirkan terfitnah oleh wanita, terfitnah oleh isteri-isteri mereka yang menghambat dan menghalangi mereka dari perjuangan, dan menyibukkan mereka dengan kepentingan- kepentingan khusus (peribadi/keluarga) dan melalaikan mereka dari kepentingan- kepentingan umum.

Mengenai hal ini Al-Quran memperingatkan, “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ...” (Surah at-Taghaabuun [064], ayat 14)

Wanita-wanita itu menjadi fitnah apabila mereka menjadi alat untuk membangkitkan nafsu dan syahwat serta menyalakan api keinginan dalam hati kaum laki-laki. Ini merupakan bahaya sangat besar yang dikhawatirkan dapat menghancurkan akhlak, mengotori harga diri, dan menjadikan keluarga berantakan serta masyarakat rosak.

Peringatan untuk berhati-hati terhadap wanita di sini seperti peringatan untuk berhati-hati terhadap kenikmatan harta, kemakmuran, dan kesenangan hidup, sebagaimana disebutkan dalam hadis sahih, “Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku takutkan atas kamu, tetapi yang aku takutkan ialah dilimpahkan (kekayaan) dunia untuk kamu sebagaimana dilimpahkan untuk orang-orang sebelum kamu, lantas kamu memperebutkannya sebagaimana mereka dahulu berlumba-lumba memperebutkannya, lantas kamu binasa kerananya sebagaimana mereka dahulu binasa kerananya.” (Muttafaq alaih dari hadis Amr bin Auf al-Anshari)

Dari hadis ini tidak bererti bahawa Rasulullah SAW hendak menyebarkan kemiskinan, tetapi baginda justeru memohon perlindungan kepada Allah dari kemiskinan itu, dan mendampingkan kemiskinan dengan kekafiran. Juga tidak bererti bahawa baginda tidak menyukai umatnya mendapatkan kelimpahan dan kemakmuran harta, kerana baginda sendiri pernah bersabda, “Bagus nian harta yang baik bagi orang yang baik.” (Hadis riwayat Ahmad 4:197 dan 202, dan Hakim dalam al-Mustadrak 2:2, dan Hakim mengesahkannya menurut syarat Muslim, dan komentar Hakim ini disetujui oleh adz-Dzahabi)

Dengan hadis di atas, Rasulullah SAW hanya menyalakan lampu merah bagi peribadi dan masyarakat muslim di jalan (kehidupan) yang licin dan berbahaya agar kaki mereka tidak terpeleset dan terjatuh ke dalam jurang tanpa mereka sedari.

Sumber : BicaraMuslim. com

Friday, November 20, 2009

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf (bukan sorrie..), terima kasih (bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =), gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara!

Rujuk Quran, Surah Al-Ahzab, ayat 32 : "Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih, kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 : "…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".

Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan.." . Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja team-mate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu, TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan.

Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya.

Jagalah diri, hiasi peribadi.

Wassalam.

Diforwardkan dari egroup KARISMA Negeri Tganu-k_murabbi.
Peringatan buat kita semua.

Tuesday, November 17, 2009

Iftar Jim Titiwangsa - 19 Nov 2009

Salam,

Sukacita dijemput i.a untuk hadir ke iftar JIM Daerah Titiwangsa pada hari Khamis, 19 Nov 09 di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kuala Lumpur. Moga majlis ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwwah di samping menjamu selera.

Moga dapat hadir hendaknya. Sila maklumkan kehadiran dengan membalas emel ini atau sms sdr mohd 019-2656782.

Kehadiran terbuka kepada semua ahli dan rakan JIM.

Jzkk.

wassalam,
mohd
019-2656782

Tuesday, November 10, 2009

Majlis Hi-Tea bersama NGO Wanita Islam

Program : Majlis Hi-Tea Tautan Kasih
Tarikh : 25 Oktober 2009
Tempat : Pusat Komuniti JIM

Laporan penuh program ini boleh diperolehi di http://wanitajimkl.blogspot.com/2009/10/hati-bertaut-kasih-bersemi.html.

Boleh juga lawati http://ummyida.blogspot.com/2009/10/sahabat-seperjuangan.html.


AJK Wanita JIM Kuala Lumpur bergambar bersama semua wakil NGO yang hadir sebelum majlis berakhir.

Majlis dipengerusikan oleh Puan Siti Zaiton Abd Aziz.


Ketua Wanita JIM Kuala Lumpur, Dr Niekmah Adam menyampaikan ucapan serta objektif majlis Tautan Kasih diadakan.

Sekitar majlis, kelihatan semua hadirin sedang menikmati hidangan Hi-Tea yang simple tapi sedap!

Sambil makan, sambil mendengar ucapan Ketua Wanita, persembahan nasyid serta sessi taaruf bersama semua wakil NGO yang hadir pada petang tersebut.

Alhamdulillah, satu program yang memberi peluang untuk memahami relung dakwah antara NGO-NGO Wanita serta mengeratkan ukhuwah, menguatkan tautan hati antara para pejuang di medan dakwah.

Wednesday, October 21, 2009

Selamat Berangkat ke Tanah Suci

Salam,

Ikhwah akhawat yang dimuliakan Allah SWT,

InshaAllah, setakat yg kami maklum, beberapa orang ahli JIM TTW akan berangkat untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Di antaranya: ·

  • Zakinah Dato’ Zainuddin Maidin & Zainal Fitri Abdul Aziz (berlepas hari ini, 21 Oktober 09)
  • Abdul Rahman Abdul Hamid (AJK JIM TTW) (berlepas esok, 22 Oktober 09)
  • ‘Ammar Mohd Zain dan Anfaal Saari (JKPW) ( berlepas pada 10 Nov 09)

Kepada semua bakal haji di TTW dan Kuala Lumpur, Wanita JIM Titiwangsa ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada selamat berangkat ke tanah suci, selamat menjadi tetamu Allah yang dimuliakan, mudah-mudahan Allah SWT merahmati perjalanan antum, ibadah umrah dan haji antum dimudahkan dan disempurnakan dengan haji yang mabrur, juga amalan serta doa antum diterima Allah SWT.

Jangan lupa untuk mendoakan kami yang tinggal, di dalam pemusafiran dan di dalam doa2 antum di hadapan Kaabah al Musyarrafah, agar kami semua terus istiqamah meneruskan usaha dakwah dan di dalam RedhaNya sentiasa hingga ke akhir hayat kami.

Jazakumullahu khairan kathira di atas doa2 antum.

Wassalam

Ummu Awatef (TKW)

b/p Wanita JIM TTW

Monday, October 12, 2009

Sahabat Untuk Dikasihi, Bukan Disakiti (01)

Assalamualaikum wbt...

Insya-Allah pada 22 Oktober yang bakal tiba, saya akan ke Tanah Suci sehingga 05 Disember 2009. Mohon doakan, mudah-mudahan Allah mudahkan segala urusan saya sebelum, ketika dan selepas kembali kelak.

Hari-hari terakhir sebelum menjadi tetamu Allah, saya luangkan masa menyiapkan segala persediaan. Di samping itu memanfaatkan baki masa yang ada untuk muhasabah diri, antaranya perjalanan perjuangan sejak tahun 1990 bersama JIM. Maklumlah hari-hari terakhir ini saya harus menyiapkan sebanyak mungkin tugasan pejabat, dakwah, JIM dan peribadi.

Ketika menyelak amanah dan janji-janji yang belum tertunai, memang tidak boleh mengelakkan diri untuk mengimbas kembali sebanyak mungkin wajah sahabat-sahabat sejak di bangku sekolah, IPT dan ketika bekerja.

Tambahan pula beberapa minggu kebelakangan ini memang kedapatan beberapa situasi yang melibatkan diri saya dan beberapa sahabat!

Di samping itu, di kesempatan begini kalau dapatlah saya berjumpa dan memohon maaf kepada seramai mungkin saudara mara dan sahabat handai memang terasa, alangkah bagus dan bertuahnya.

Manakala bila dihitung betul-betul jumlah sahabat handai yang saya ada, saya dapati yang paling ramai dan sering saya berhubung ialah ikhwah dan akhawat JIM. Yakin benar! Bukan perasan je! Insya-Allah.

Jemaah dan Sahabat

Jemaah dan sahabat! Itulah antara dua perkara yang sangat penting dalam kehidupan saya. Selama saya mula menggabungkan diri dengan JIM, saya jelas dan yakin dengan niat dan tujuan saya. Untuk bersama mencapai hasrat menegakkan syariat Islam di muka bumi ini.

Saya sedar JIM bukanlah sama dengan Persatuan Sain dan Matematik yang pernah saya pimpin semasa di sekolah dulu. Ada wawasan besar yang perlu saya capai sebaik sahaja menggabungkan diri dengan JIM.

Masa mula-mula menggabungkan diri dengan JIM. Gadis remaja yang bukan dari aliran agama yang bernama Roha ini, ketika itu, berasa sungguh istimewa bila ahli-ahli JIM dinamakan “ikhwah” dan “akhawat” menggantikan perkataan ahli-ahli lelaki dan wanita. Bertambah indah bila ungkapan, “ukhti” dan “akhi” juga sering digunakan dalam berkomunikasi disamping gelaran kakak, abang, pak cik, mak cik. Kedengarannya, memang sopan dan akrab.

Bila mengimbas penggunaan perkataan-perkataan yang indah dan istimewa ini, saya teringatkan satu kisah. Baru-baru ini, seorang sahabat telah bergaduh suami isteri apabila beliau membahasakan dirinya “akhi” ketika berkomunikasi dengan saya serta sahabat wanita yang lain. Bila dianalisa, barulah saya mengerti. Mereka berdua sama-sama tidak betul-betul faham maksud disebalik perkataan tersebut. Selalu jika sahabat ini nak bertanya sesuatu kepada saya dia akan menulis, ”Roha, akhi nak maklumkan, tugasan tersebut telah selesai” ataupun, ”akhi sudah menguruskan sumbangan kepada sipolan dan sipolan”.

Maka, beberapa kalilah suami isteri ini bertengkar kerana perkataan ”akhi” ini. Suami menggunakan, ”akhi” mewakili perkataan ”abang”, sedangkan siisteri menyangka perkataan "akhi" itu mewakili sejenis "hubungan mesra".

Oh Tuhan...kadang- kadang kita rasa malas melayan hal yang kita rasa remeh temeh. Namun, mereka berdua adalah sahabat kami. Tiada yang remeh dalam persahabatan. Sesungguhnya ”Sahabat Adalah Untuk Dikasihi Bukan Untuk Disakiti”. Dengan sabar dan perlahan-lahan kami menerangkan kepada kedua-duanya maksud sebenar disebalik perkataan ”ukhti” dan ”akhi” hingga suasana sejuk kembali.

Begitulah dalam bersahabat, hal yang sekecil inilah yang selalu dibisik-bisikan oleh syaitan sehingga membibitkan perasaan tidak senang sesama sendiri. Kemudian secara tidak sedar, saling menjauhkan diri....

Saya Bukan Along, Tapi Mau Tolong

Beberapa minggu kebelakangan ini, saya juga telah menyemak segala hutang piutang dengan lebih teliti terutamanya dengan saudara mara dan sahabat handai. Kalau boleh tidak mahu bertangguh-tangguh lagi. Saya memang tidak cukup kaya dari sudut harta benda. Bukan Bank. Bukan Along. Saya cuma suka menolong!

Tapi dua minggu lalu, saya dihadiahkan dengan berita bahawa nama saya telah disenaraihitamkan oleh sebuah bank. Memang terasa pedih juga pada mulanya. Manakan tidak, ini angkara sahabat sendiri.

12 tahun yang lalu saya telah menjamin seorang akhawat yang kesempitan dan memerlukan. Dan hari ini dia telah menyebabkan saya disenaraihitamkan sebab dia tidak membayar hutang.

Syaitan dan manusia berbisik kepada saya, “bodohnya kamu jamin dia, orang sekarang memang tidak boleh percaya”. “Ish kalau Along, lama dah mati”. “Tak sangka orang baik-baik boleh jadi macam tu”. “Padan muka hang, orang JIM tu kan ....”. Macam-macam bisikan syaitan dan manusia mendatangi.

Lalu saya jawab pada suara-suara tersebut, “Saya tolong sahabat ini dulu dengan tulus ikhlas kerana disaat itu, beliau dalam keadaan amat memerlukan. Mudah-mudahan semua ini tidak memusnahkan niat asal saya dulu ”

Lalu, saya menghubungi dua tiga ikhwah akhawat untuk minta pandangan dan nasihat kerana ini pengalaman pertama saya. Tambahan saya nak ke Mekah, bimbang pulak akan kemungkinan negatif yang boleh berlaku.

Maka dari situ, saya mendapat maklumat bahawa;
- Saya bukanlah orang pertama yang menjamin ikhwah, akhawat dan mengalami situasi begini.
- Ada sahabat yang meminjam tapi susah untuk menepati waktu ketika membayar hutang.
- Ada juga sahabat memberi hutang akhirnya disakiti oleh sahabat yang berhutang dengan lidahnya, apabila hutang dituntut disebabkan oleh sahabat tersebut amat terdesak dan memerlukan wang

Oh Tuhan! Bukan salah berhutang! Tapi teramat salah jika kita tidak berusaha, berusaha dan terus berusaha sehingga berjaya membayar hutang. Bak kata akhawat dalam kes ketiga diatas, ”kalau dia bayar kak sebulah rm50 atau rm 20 pun kira OK sebab dah lebih 10 tahun dia pinjam RM20K dari Kak”. Ini tak, sudah lebih 10 tahun, tak ada bayaran langsung!

Kerana kasihkan sahabat, tak pasal-pasal diriku menanggung hutang beberapa puluh ribu.

Maka saya pujuk diri ini, Ya Allah atas apa jua sebab perkara ini terjadi ke atasku. Aku redha. Kalau kejadian ini akan menjadi penyebab bergandanya rezekiku di masa hadapan, aku redha. Kalau kejadian ini sebagai kifarat dosa-dosaku yang sememangnya banyak itu, aku redha dan jika kejadian ini sebagai pembersihan terhadap segala harta benda ku, aku redha jua”.

Namun, bagi saya, ”sahabat adalah untuk dikasihi bukan untuk disakiti”. Maka, dikesempatan ini, saya mohon, sekiranya ada saya ini berhutang dengan mana-mana ikhwah dan akhawat yang mana saya terlupa atau belum membayarnya. Mohon hubungi saya sebelum saya berangkat ke tanah suci.

Jangan biarkan saya menyakiti sahabat dengan melambat-lambatkan atau tidak berusaha untuk menyelesaikan hutang piutang saya dengan kalian.

"Sahabat untuk dikasihi, bukan untuk disakiti"

jzkk
Roha Hassan

Wednesday, October 07, 2009

Jom Undi Kak Harlina Untuk "The Great Women Of Our Time Awards"

Salam...

Ikhwah dan akhawat yang dikasihi,

Jom Undi Kak Har?

Itulah seruan yang ingin saya katakan kepada ikhwah dan akhawat.

Kenapa?

Jawapannya kerana, nama Dr har yang kita kasihi dicalonkan oleh Majalah, "The Malaysian Women's Weekly" untuk "The Great Women Of Our Time Awards".

Segala perincian lanjut tentang pencalonan dan cara mengundi disertakan disini. Sila rujuk lampiran yang disertakan. Kalau nak lagi power, belilah majalah, "The Malaysian Women's Weekly" sebab boleh baca dengan lebih jelas.

Apa lagi. Jom Undi sahabat yang kita kasihi, Assoc Prof Dr Harlina Halizah Siraj!

jzkk
Roha Hassan








Tuesday, October 06, 2009

Laporan MPWN WJIM KL 2009

Salam,

Alhamdulillah MPWN WJIM KL telah berlangsung dengan jayanya pada 4 Oktober 09 jam 9.00 pagi di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.


Majlis telah dirasmikan oleh Puan Rosmawati Bt Zainal, wakil Wanita JIM Pusat. MPWN dihadiri oleh 33 orang perwakilan dari 3 daerah di KL iaitu Batu, Cheras dan Titiwangsa.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn Rushida Bt Abdul Ghani dan selamat disempurnakan pada pukul 12.30 tengahari.

Barisan kepimpinan Wanita JIM KL Sesi 2009/2011 terdiri daripada:-

Ketua Wanita - Dr Niekmah Adam

Timb Ketua Wanita - Susilawati Hamzah

Setiausaha - Norzitah Abdul Karim

Bendahari - Umi Kalthum Hassan

AJK
1. Julie Rosieta Mohamed
2. Siti Zaiton Abdul Aziz
3. Ust Zaiton Nasri


Pengerusi Tetap - Pn Rushida Abdul Ghani
Timb Peng Tetap - Pn Nur Yusmi Md Yusop



Sekian.

Yang Menjalankan tugas,
Norzitah Abdul Karim
Setiausaha
Wanita JIM KL Sesi 2009-2011


Monday, October 05, 2009

Rayuan batal sebat persenda hukum syariah

Oleh Hasliza Hassan haliza@bharian.com.my

Sumber : Berita Harian (5/10/2009)

Semua pihak perlu akur keinsafan Kartika sebagai Muslim untuk jalani tindakan syarie

KETIKA heboh isu sebat, Kartika Sari Dewi Shukarno sendiri sama sekali tidak mempertikaikan hukuman yang diputuskan mahkamah tetapi orang lain pula beriya-iya meminta pelbagai pihak termasuk kerajaan untuk mengkaji semula hukuman yang sudah termaktub dalam undang-undang syariah.

Malah, pengalaman dilalui model sambilan itu yang reda dengan hukuman sebat dijatuhkan atas kesalahan meminum arak, kini membuka lembaran baru dengan penampilan lebih positif.

Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Pelaksanaan Syariah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Dr Zulfakar Ramlee, berkata perubahan itu sepatutnya menjadi tamparan hebat kepada mereka yang memperjuangkan supaya hukuman ditangguhkan dan disemak.

"Itu satu tamparan kepada orang yang memperjuangkan supaya hukuman ditangguhkan sebab orang yang nak disebat sudah nampak perubahan dari segi penampilan tetapi orang yang kononnya nak membela, tidak ada perubahan. Pada saya itu satu tamparan untuk mereka," katanya.

Beliau berkata, tindakan pihak yang mempertikai pelaksanaan undang-undang syariah termasuk hukuman sebat terhadap jenayah syariah boleh menimbulkan tanda tanya serta sangkaan wujudnya motif tidak baik terhadap Islam.

Zulfakar yang ditemui selepas sidang media pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam membantah tuntutan menghapuskan undang-undang jenayah syariah, berkata suara kumpulan minoriti itu tidak seharusnya diberi perhatian.

Katanya, suara sakti majoriti masyarakat Islam yang mendukung kedaulatan undang-undang Islam sepatutnya diambil kira bagi mempercepatkan usaha ke arah meningkatkan martabat serta memperkasakan undang-undang syariah.

"Menjadi harapan NGO Islam supaya suara memperlekeh undang-undang serta mahkamah syariah tidak diberi ruang. Saya tidak fikir kerajaan atau pihak berkaitan ingin menunggu umat Islam menghukum baru hendak mengambil tindakan.

"Inilah masanya kerajaan melakukan sesuatu bagi memastikan kedaulatan undang-undang syariah dipelihara dan dipertahankan. Saya bersetuju keputusan Panel Rayuan Kehakiman Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan memutuskan hukuman enam sebatan terhadap Kartika kekal dan akan tetap dilaksanakan," katanya.

Katanya, Kartika juga bukan orang yang pertama menerima hukuman sebat atas kesalahan minum arak kerana Kelantan sudah melaksanakan 13 hukuman rotan terhadap pesalah jenayah syariah tetapi isu itu tidak diperbesarkan.

Mengenai kewajaran hukuman sebat itu dilaksanakan di khalayak umum, Zulfakar berkata, ramai tidak faham falsafah hukum Islam iaitu untuk mendidik orang lain supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Beliau berkata, hukuman sebat mengikut undang-undang syariah boleh diibaratkan seperti hukuman rotan di khalayak ramai di sekolah yang tujuannya memberi pengajaran kepada pelajar lain tidak mengulangi perbuatan dilakukan rakan mereka.

"Apabila orang lain lihat, akan timbul rasa malu jika dirotan. Jika buat di tempat tertutup, tiada siapa pun akan tahu dan mendapat pengajaran. Ini simboliknya dan inilah falsafah Islam tetapi orang tidak faham," katanya.

Kisah Kartika mendapat tumpuan pelbagai pihak termasuk media asing apabila dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, 20 Julai lalu selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, dua tahun lalu.

Isu itu kemudian menjadi perbahasan kumpulan yang membuat permintaan supaya hukuman sebat diketepikan dan dibalas pula pelbagai pihak yang melihat kepentingan memastikan hukum syarak dilaksanakan.

Berita Harian turut menyiarkan dua siri rencana mengenai pelaksanaan hukuman sebat mengikut hukum syarak yang merangkumi prosedur hukuman sebat terhadap pesalah wanita serta rotan yang boleh digunakan.

Bagaimanapun, masih ada kenyataan dibuat sehingga kini mengenai hukuman sebat terhadap Kartika Sari yang ditangguhkan pada Ramadan lalu kerana menghormati bulan puasa.

Disebabkan kenyataan demi kenyataan yang dibuat itu, NGO Islam bertindak membuat bantahan terhadap tuntutan Sisters in Islam (SIS), Pertubuhan Pertolongan Wanita dan Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG).

Berikutan itu, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Persatuan Alumni Kolej Islam (Alkis), Jamaah Islam Malaysia (JIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendesak kerajaan mendakwa semua pihak yang membuat tuntutan bersifat menghasut serta menghina ajaran Islam.

NGO berkenaan juga meminta supaya dana diterima pihak berkenaan disiasat, membatalkan permit akhbar dan media menyiarkan pandangan bersifat menghasut untuk menghapuskan undang-undang jenayah Islam.

Mereka juga mahu ajaran Islam dipelihara selaras kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara seperti termaktub dalam Perlembagaan serta meminta pihak yang tidak berkenaan usah mencampuri urusan di mahkamah syariah.

Jabatan Undang-Undang Islam, Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam kenyataannya berkata, pelaksanaan hukuman sebat bagi pesalah syariah tidak bertentangan undang-undang antarabangsa.

Pelaksanaan hukuman terpakai tanpa mengira jantina walaupun ada perkara perlu diambil kira sebelum hukuman dilaksanakan khususnya jika membabitkan pesalah wanita. Hukuman itu juga bukan satu diskriminasi terhadap wanita dan oleh demikian tidak bertentangan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang turut dianggotai Malaysia.

"Hukuman sebat mengikut undang-undang Islam bersifat kemanusiaan kerana perlu ambil kira faktor yang boleh memberi mudarat kepada pesalah termasuk tidak melukakan kulit pesalah. Ia juga bukan satu bentuk penderaan, hukuman kejam atau menghina," katanya.

Katanya, menurut Islam hak asasi manusia hendaklah ditafsirkan mengikut kehendak Islam yang mana hak seseorang individu diimbangkan dengan hak masyarakat yang inginkan keselamatan dan kesejahteraan.

Pendirian Kartika untuk mengaku bersalah dan bersedia dihukum harus dilihat sebagai kerelaan bagi mematuhi perintah Allah dalam menegakkan keadilan walau terhadap diri sendiri.

Tuesday, September 15, 2009

Tribute Untuk Sahabat : Satu Perkongsian

Salam....

Sekadar berkongsi kebahagiaan dengan ikhwah akhawat.
Semoga ada kebaikannya

Jzkk
Roha Hassan

..........................................................................................................................................................................

Selamatkan sahabat anda

Ketika remaja, ibu menggelar saya kera sumbang kerana jarang sekali keluar berkawan. Jiran di kampung pernah bertanyakan emak petua yang digunakan kerana berjaya ‘mengawal’ saya daripada keluar sedangkan cucu perempuannya sebaya saya ketika itu pantang duduk di rumah.

Apabila ada rakan yang mengetahui saya bekerja sebagai seorang wartawan, mereka ketawa berdekah-dekah kerana sepatutnya mereka yang menjadi wartawan kerana suka ambil tahu hal orang lain.

Gelaran antisosial memang gelaran saya. Saya tidak pernah marah pun. Malah suami dan anak selalu ketawakan saya kerana bagi mereka saya tidak ada kawan. Rakan di pejabat sebelum ini pernah ibaratkan saya balik ke rumah seperti saya balik ke penjara kerana saya akan terus memerap di ‘penjara’.

Oleh itu, apabila saya mengajak keluarga ke majlis ‘Iftar Hidayah Centre’ di Perbadanan Putrajaya, semalam, kerana seorang sahabat membelikan tiga kerusi untuk saya, mereka tertanya-tanya, siapakah sahabat yang dimaksudkan.

Majlis iftar itu ialah bagi meraikan mereka yang baru memeluk agama Islam dan setiap kerusi berharga RM100. Sumbangan akan digunakan untuk menambah dana Hidayah Centre, iaitu pusat perlindungan saudara baru.

Oleh kerana sahabat saya ini faham perangai saya yang jarang sekali akan keluar rumah tanpa suami dan anak, dia membelikan tiga kerusi untuk saya.

Bukanlah bermakna membeli tiga kerusi itu saya sudah anggap sahabat, tetapi niat di sebaliknya yang sentiasa ingin melihat saya berubah ke arah kebaikan, dengan mengajak saya tanpa jemu, tidak pernah memaksa, tetapi sentiasa ‘mendidik’ saya dalam diam-diam dengan menunjukkan akhlak yang mulia.

Beliau juga tidak pernah memperlekehkan saya sebagai seorang perempuan yang tidak pernah bertudung, dia tetap bersahabat dengan saya secara ‘diam-diam’ sehinggalah sekarang saya menutup aurat atas keinsafan sendiri.

Dialah sahabat wanita yang mendoakan saya dan tumpang gembira apabila saya dapat menunaikan umrah tahun lalu secara percuma.

Oh ya, seorang lagi sahabat lain turut menyumbangkan wang saku supaya saya dapat ke Tanah Suci, beribadah tanpa rasa bimbang. Dengan lain kata, saya dapat bersolat di Masjidil Haram, di Masjid Nabawi dan berdoa di Raudhah secara percuma, semuanya kerana beberapa sahabat dan seorang bos yang berhati mulia.

Ketika mendengar forum di iftar berkenaan yang turut memberi penjelasan mengenai makna sahabat, iaitu mereka yang ‘menyelamatkan’ anda, saya kini boleh menarik nafas lega kerana rupa-rupanya saya ada sahabat, mungkin tidak ramai, tetapi sentiasa ‘menyelamatkan’ saya.

Dan sekarang, saya berazam untuk menjadi seorang sahabat yang baik pula kepada orang lain dengan cara saya yang tersendiri, iaitu membantu ‘menyelamatkan’ orang lain, tanpa perlu mengenalinya pun. Saya kini boleh ‘bersahabat’ dengan saudara baru, rakyat Palestin dan golongan miskin, malah pembaca Sinar Harian sendiri.
Nampaknya, cara ini lebih sesuai untuk seorang antisosial seperti saya ‘bersahabat’


Sinar Harian, 14/09/2009, m/s N6

Monday, September 14, 2009

Perbezaan Antara Penganut Islam Dan Bukan islam

Islam telah meletakkan satu prinsip agama yang penting iaitu kewajipan berbeza dengan amalan golongan bukan Islam, baik dari segi kepercayaan, cara ibadah mahupun budaya hidup. Islam menuntut umatnya supaya tidak meniru cara ibadat dan budaya hidup golongan bukan Islam kerana peniruan itu dibimbangi boleh membawa kepada asimilasi agama dan budaya yang akhirnya akan menghakis identiti umat dan seterusnya melemahkan jati diri mereka.

Asas bagi prinsip ini terkandung dalam banyak nas-nas al-Qur’an dan as- Sunnah, antaranya firman Allah swt dalam surah al- Jaathiah, 45:18. Yang bermaksud:
“Kesudahannya, Kami jadikan engkau ( Muhammad ) menjalankan satu syariat ( yang cukup lengkap ) dari perkara agama, maka turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui.”


“Orang yang tidak mengetahui’ di sini dimaksudkan sebagai semua golongan bukan Islam kerena mereka adalah kumpulan orang yang jahil dengan syariat Nabi Muhammad saw.

Terdapat banyak hadis Nabi saw yang menjadi asas bagi prinsip ini, sehingga ada ulama yang mengumpulkan lebih daripada 30 buah hadis sahih mengenainya, seperti:

1. Larangan Nabi saw terhadap umatnya daripada menggunakan serunai dan loceng sebagai seruan solat pada zaman awal Islam kerana ia menyerupai cara puak Yahudi dan Nasrani sehinggalah Nabi saw diwahyukan dengan azan (Shahih Sunan Abi Daud, no : 498)

2. Larangan Nabi saw daripada solat pada waktu matahari sedang terbit dan waktu sedang terbenam kerana ia adalah waktu sujud golongan penyembah matahari (Shahih Muslim, no : 832)

3. Larangan Nabi saw daripada menjadikan perkuburan para anbiya’ dan shalihin sebagai tempat ibadah kerana yang demikian itu adalah amalan golongan Yahudi dan Nasrani (Shahih Muslim, no : 530-532)

4. Larangan Nabi saw daripada bersolat dengan berbungkus sehelai kain tanpa mengilasnya di tempat kilasan kerana yang demikian itu adalah perbuatan golongan Yahudi. (Sahih Sunan Abi Daud, no : 635).

5. Suruhan Nabi saw supaya umatnya sekali sekala bersolat sambil memakai selipar dan khuf kerana puak Yahudi tidak mengharuskannya (Shahih Sunan Abi Daud, no,: 652)

6. Larangan Nabi saw daripada duduk bertongkat dengan tangan kiri dalam solat kerana yang demikian itu adalah cara duduk puak Yahudi (Mustadrak al-Hakim, lihat: Jilbab al-Mar’ah, hal:175)

7. Peringatan Nabi saw terhadap umatnya supaya bersahur bila berpuasa kerana golongan ahli kitab berpuasa tanpa bersahur (Shahih Muslim, no: 1096)

8. Saranan Nabi saw supaya umatnya menyegerakan berbuka puasa kerana golongan Yahudi dan Nasrani melewatkannya (Musnad Ahmad, lihat: al-Jilbab al-Mar’ah, hal:175)

9. Saranan Nabi saw supaya umatnya berpuasa ‘Asyura’ pada hari kesembilan dan kesepuluh kerana golongan Yahudi dan Nasrani hanya berpuasa pada hari kesepuluh sahaja (Shahih Muslim, no: 1134)

10. Saranan Nabi saw supaya jemaah haji bergerak dari Mudzalifah ke Mina sebelum terbit matahari kerana golongan Musyrikin biasanya bergerak selepas matahari terbit melepasi puncak Bukit Thubair di Makkah (Shahih Muslim, no: 3626)

(Dipetik dari Majalah I,Kumpulan Karangkraf, Bil. 83,September 2009, m/s 47)

"Aku akan rogol kau Rodziah" ke balai polis


Sumber : HarakahDaily.Net
Abdul Aziz Mustafa
Sun Sep 13, 09 10:31:23 am

SHAH ALAM, 13 Sept: "Aku akan rogol kau, Rodziah!" adalah antara kata-kata cabul yang dihamburkan terhadap Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail ketika majlis dialog antara penduduk Seksyen 23, Shah Alam dengan kerajaan Selangor 5 September lalu.
Dalam kenyataannya ketika membuat laporan polis semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu menceritakan, beliau telah dihamburkan pelbagai kata-kata cabul lain oleh mereka yang mencetuskan kekecohan dalam dialog yang di adakan di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu.

"Antara kata-kata kesat terhadap saya yang dikenalpasti ialah 'jalang!', 'Rodziah mengalahkan pelacur!', 'pelacur lebih baik dari kau!', 'babi!', 'sundal!', 'kau jangan bersuara, Rodziah!', (dan) lemparan kata, 'aku akan rogol kau, Rozdiah!'," kata beliau.

Rodziah membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Shah Alam di Seksyen 11 di sini, kira-kira pukul 12 tengahari semalam iaitu kira-kira seminggu selepas sesi dialog itu.

Turut serta memberikan sokongan moral kepada beliau adalah Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh, anggota Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud dan rakan exco beliau, Elizabeth Wong.
Menurut Rodziah, selain klip video, ungkapan-ungkapan tidak bermoral itu telah didengar dan disaksikan oleh ramai penduduk, wartawan, dan para petugas keselamatan MBSA yang telah hadir melihat sendiri gelagat segelintir mereka yang memporak-perandakan majlis secara sengaja.

Beliau menyifatkan kelakuan liar kumpulan kecil ini telah merosakkan majlis yang bertujuan untuk membuka ruang kepada penduduk berdialog secara berhemah.

Kepada beliau, tindakan kumpulan itu jelas bukan untuk berdialog tetapi mencemarkan kerajaan negeri dan nama individu atas agenda politik tertentu.

"Intimidasi ini jelas adalah untuk memburukkan nama dan menghina saya.

"Saya berasa amat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir mereka ini sehingga merasakan keselamatan dan kehormatan diri saya terancam," katanya.

Menurut Rodziah, bukan hasrat beliau untuk memanjangkan isu tersebut kerana fokusnya adalah isu sebenar yakni pemindahan kuil Seksyen 19, namun keputusan membuat laporan polis itu dibuat kerana kegusaran tentang keselamatan dirinya, keluarga serta pegawainya makin hari makin bertambah memandangkan pihak polis belum lagi mengambil sebarang tindakan dalam perkara ini.

"Kerisauan saya ialah, jika saya seorang Adun dan Exco Kerajaan Negeri boleh dilemparkan kata-kata kesat and ugutan sebegini, apakah wanita-wanita lain akan terasa selamat menghadapi atau berurusan dengan mereka yang seperti itu?", katanya.
Bagi Rodziah, kedurjanaan yang menganjur keburukan, membudayakan unsur keganasan, seksisme, dan menakut-nakutkan orang lain serta merosakkan keharmonian sesama insan yang telah ditunjukkan oleh golongan tersebut wajar diperangi dan dibanteras sehingga rakyat, khususnya wanita dikembalikan nikmat rasa selamat dan aman di mana-mana saja mereka berada.

Kekecohan telah ditimbulkan oleh mereka yang bertindak liar itu sepanjang sesi penerangan daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, Datuk Bandar Shah Alam dan Rodziah sendiri sebagai Adun Batu Tiga.

Ketika dihubungi Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan memberi jaminan akan menyiasat perkara berkenaan.
Dua lagi laporan polis telah dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Ahli MBSA, K. Uthayasoorian.

Wednesday, September 09, 2009

Jemputan Majlis Berbuka Puasa - Ahad (13 Sept)

Assalamualaikum wbt,

Salam Ramadhan! Menemui semua sahabat-sahabat sekalian semoga di bawah limpahan rahmatNya sentiasa pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

JIM Titiwangsa dengan sukacitanya mempelawa sahabat-sahabat sekalian berserta keluarga dan rakan-rakan untuk hadir ke majlis berbuka puasa yang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 September (Ahad)
Tempat:
PUSAT KHIDMAT RAKYAT PARLIMEN GOMBAK
No. 2, Lorong Perak, Pusat Bandar Melawati,
53100 Kuala Lumpur

Aturcara:
5.30 ptg Ketibaan AJK dan Petugas
6.45 ptg Ketibaan jemputan
7.19 mlm Berbuka Puasa
7.50 mlm Solat Magrib berjamaah
8.30 mlm Solat Isya' berjamaah dan tarawih
9.20 mlm Bersurai


Sehubungan itu, mohon sahabat-sahabat semua untuk membuat pengesahan kehadiran dan jumlah ahli keluarga/rakan yang akan hadir sama ada melalui e-mel (mohammadweb@yahoo.com), kepada mana-mana AJK JIM Titiwangsa atau pun terus sms ke 019-2656782 (mohd) untuk tujuan penyediaan makanan agar mencukupi dan tidak pula membazir.

Sebarang sumbangan sama ada dalam bentuk tenaga, wang ringgit atau pun juadah (kurma, air, kuih dll) amatlah dialu-alukan.

Jaza kumullahu khairan katheera.

Selamat menyambut ketibaan sepertiga akhir Ramadhan dan selamat menambahgiatkan amalan semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik buat kita semua dan supaya Lailatul Qadar akan berada di dalam genggaman kita....insyaAllah. ..ameen.

wassalam,
mohd
AJK JIM TTW 2009-2011

Sunday, September 06, 2009

Nikmat puasa, cahaya hidayah bagi saudara baru

Sumber : HarakahDaily.Net
Azamin Amin I Foto Shukri Mohd

Mon Aug 31, 09 9:39:26 pm MYT

Walaupun baru memeluk agama Islam 26 hari lalu, dia mampu berpuasa penuh sejak Ramadan bermula. Ini merupakan pertama kali, tidak perit atau pedih malah baginya pengalaman menjalani ibadah itu cukup menyeronokkan!

Dia, Azman Yap Abdullah, 32 sentiasa tersenyum dan ceria. Tiada raut keletihan atau kerut di wajahnya. Sungguhpun agak malu-malu bercerita pada awalnya, tetapi bersemangat sekali mengungkap pengalaman berpuasa, satu-satu ibadah yang dijalankan tanpa banyak tanya.

Sejak hari pertama sehingga kini, masih berpuasa tanpa tangguh. Tidak sekerat-sekerat atau separuh hari tetapi penuh, sehingga menjelang waktu berbuka.

"Saya tidak merasa susah, sakit ataupun pedih perut. Semuanya baik dan ianya cukup menyeronokkan!"

Menceritakan pengalaman, kata Azman dia bersahur beberapa minit sebelum masuk waktu subuh hanya dengan menjamah beberapa biji kurma, seperti yang disunnah oleh Rasullulah s.a.w.

"Saya buka puasa pun makan kurma juga. Kemudian cari nasi atau makan di KFC. Ada masa saya berbuka dengan cornflakes atau coco crunch," katanya sambil tersenyum lebar kepada kami. Image

Itu perasaan yang diluahkan Azman (gambar) kepada Harakahdaily yang diberi peluang Allah SWT bertemu dengan insan yang mendapat cahaya hidayah 2 Ogos lalu, lalu mengucapkan kalimah syahadah di Hidayah Centre Pusat Komuniti Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) dekat sini.

Dia mula mengenali agama indah ini sejak 3 bulan lalu, melalui sahabatnya yang juga merupakan saudara baru.Sahabatnya itu, turut menghadiahkan al-Quran terjemahan bahasa melayu untuk dia lebih mengenali dan memahami agama Allah itu.

"Saya baca terjemahan melayu sebab tak berapa pandai bahasa inggeris. Dari situ, saya mula percaya, bahawa agama Islam ini adalah agama yang baik,"jelasnya dengan tenang.

Masih bertatih dan belajar, dia mengakui baru solat hanya sekali sahaja tetapi terus mendapat bimbingan dua orang ustaz daripada JIM dikenali sebagai Johan dan Abdul Rahim.

Azman merupakan seorang guru tuisyen sepenuh masa, sejak sembilan tahun lalu. Dia mengajar Bahasa Melayu, Mandarin dan Sains untuk pelajar sekolah rendah di Jalan Klang Lama.

Lelaki berketurunan Cina ini masih bujang dan agak segan untuk ditemubual pada mulanya, tetapi kemudian menjadi teman mesra kepada kami berdua dari Harakahdaily.

Katanya dia masih menyembunyikan keIslamannya daripada ibunya untuk sementara waktu kerana tahu akan reaksi negatif yang bakal diterima.

"Lambat laun, saya akan beritahu juga...cuma perlahan-lahanlah. Tak mau mak saya marah..."katanya masih tersenyum dengan sinar cahaya di wajahnya.

Ditanya tentang tip kuat semangat untuk berpuasa dan petua untuk orang yang punya 'banyak alasan' untuk culas melakukan ibadah itu, Azman menjawab ringkas tetapi tajam.

"Di belakang rumah kami, ada juga orang Islam makan di restoran Cina waktu bulan puasa.

"Bagi saya, hati mesti baik dan jangan lupa, Tuhan ada tengok kita." Image

Setelah berkongsi rasa dengan Azman, kami beralih pula kepada Siti Aisyah Tresa, 38 (gambar) yang memeluk agama Islam sejak 1993 di Melaka. . p>Sambil matanya mula berkaca, hampir tumpah air mata, Siti menceritakan detik-detik awal mula menyintai dan menaruh minat kepada agama Islam.

"Saya bekerja kilang dan tinggal di asrama di Johor. Ketika itu saya begitu tertarik melihat kawan sebilik yang sentiasa mengerjakan sembahyang.

"Tiap kali waktu azan, dia akan terus bersiap-siap untuk sembahyang. Saya tengok dia sembahyang, buat hati saya cukup tenang dan saya jadi minat sangat untuk tahu agama kawan saya itu,"kata Siti.

Katanya kerana terlalu minat, adakala bila di kampung, dia akan sembahyang sendiri-sendiri meniru gerak gaya kawannya itu.

Namun, setelah masuk agama Islam, cabaran hebat diterima apabila ditentang hebat oleh kaum keluarga yang masih menganut Kristian. Selama hampir enam tahun, dia melalui tekanan dan asakan hebat.

Tetapi selama itu jugalah, dia tabahkan hati dan tidak terputus hubungan dengan kaum keluarga malah secara rutin, setiap sebulan sekali akan pulang ke kampungnya di Kg Layang-Layang, Johor.

"Selama enam tahun, biar apa pun keluarga buat dan beri tekanan, saya cekalkan hati balik juga bertemu mereka sebulan sekali...

"Alhamdulillah, kini mereka sudah boleh menerima saya dan hubungan masih baik seperti sediakala. Syukur kepada tuhan," katanya cuba menahan sebak

Kini Siti yang mempunyai dua cahaya mata bahagia bersama suami dikasihi, Khaidir Maidin dan merindui sahabatnya Zainab yang rajin solat itu, yang kini sudah terputus hubungan sejak sekian lamanya.

Siti memberitahu, pengalaman berpuasa bukanlah sesuatu yang asing dan menjalani seperti biasa sama seperti umat Islam yang lain.

Beliau juga menolak tanggapan bahawa saudara baru sepertinya, sering diabaikan kebajikan dan disisihkan daripada masyarakat Islam.

"Saya sentiasa rasa diperlukan. Tak pernah saudara seagama menyisih saya malah merekalah yang banyak membantu tatkala saya menghadapi kesulitan.

Sebelum mengakhiri perbualan, Siti sempat menyuntik semangat kepada rakan-rakan saudara baru baik yang sudah lama atau yang masih baru memeluk agama Islam agar terus istiqamah bersama agama tercinta ini.

"Walau apa pun berlaku, teruslah bersama agama Islam. Percayalah, setiap kesusahan yang dihadapi, ada jalan penyelesaian yang diberikan oleh Allah...percayalah, saya juga pernah melaluinya...,"tersenyum mengucapkan terima kasih kepada Harakahdaily.

Turut mencuri perhatian ialah seorang saudara baru yang berasal daripada Afnka yng dikenali sebagai Hilal Abdullah, bakal melanjutkan pelajaran di Kanada dalam masa terdekat.

Cuma kisah pilu Hilal yang berasal dari satu kawasan bernama Brundi,ialah kedua-dua ibu bapanya mati dibunuh kerana berhasrat memeluk agama Islam.

Sebenarnya insan-insan bertuah ini antara 11 orang saudara baru yang kami temui di Hidayah Centre, Pusat Komuniti JIM, petang semalam.

Hidayah Centre adalah sebuah institusi di bawah JIM yang ditubuhkan sejak 2005, berperanan sebagai pusat sokongan kepada saudara baru membawa tema hidayah yang menarik perhatian iaitu "Saudara baru, Saudara Kita"

Objektif penubuhannya adalah untuk memberi penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat. Image

Semalam, Hidayah Centre mengadakan sidang media Majlis Pelancaran Buka Puasa yang dihadiri saudara-saudara baru yang kelihatan begitu ceria tetapi malu-malu dan tersipu bilamana lensa kameramenyorot wajah bercahaya mereka.

Sebelum sidang media dimulakan oleh jurucakap Hidayah Centre,Joannes Lukas yang juga seorang saudara baru, majlis dimulakan dengan penyampaian sumbangan kepada saudara-saudara baru yang hadir.

Ketika ditanya tentang aduan, masalah dan antara kekangan yang dihadapi oleh saudara baru, Joannes menjelaskan ianya terbahagi kepada beberapa perkara antara yang utama ialah ancaman daripada keluarga dan ketiadaan pekerjaan.

"Bila ada ancaman, maka kita berusaha sediakan penempatan dan penginapan sementara kepada mereka.

"Bagi yang tiada pekerjaan kerana terpaksa berpindah atau disishkan, kita mempunyai jaringan dengan NGO Islam dan syarikat yang bersedia memberi peluang pekerjaan bagi saudara baru ini,"katanya.

Setakat ini Hidayah Centre telah beroperasi di 14 cawangan di sembilan buah negeri manakala sejumlah 432 saudara baru yang berdaftar dengan pusat ini. Image

Bagi meneruskan pengoperasian dan untuk memberi bantuan kepada saudara-saudara baru, Hidayah Care akan menganjurkan Program Majlis Berbuka Puasa pada 12 September ini, di Putrajaya.

Menurut Pengarah Program Nasiruddin Tahir majlis itu bertujuan bagi mengutip dana melalui tajaan meja makan ataupun sumbangan syarikat, kumpulan atau individu yang berasa terpanggil untuk membantu saudara baru.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Joannes Lukas atau Rosmawati Zainal di 03-41053159 atau 03-41089669.

Moga sudi membantu dan meringankan beban saudara baru yang juga saudara kita.