Wednesday, February 10, 2010

TASK FORCE - 14 Februari 2010 "JOM CEGAH ZINA"

KELAB BELIA JIM (KBJ)
KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA)
KELAB REMAJA JIM (KRJ)

akan berganding bahu menggerakkan. ..

TASK FORCE

"JOM CEGAH ZINA"

Suatu usaha amar makruf nahi mungkar bersama
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Tarikh: 14 Februari 2010 (Ahad)
Tempat berkumpul: Masjid Jamek, Kuala Lumpur
Masa berkumpul: 6.00 petang
(Boleh menginap di Masjid Jamek selepas Task Force berakhir dengan kebenaran JAWI)

Kita perlukan sekurang-kurangnya 100 sukarelawan! !

Jika berminat untuk terlibat, hantarkan nama penuh, umur, no. telefon dan alamat email ke abu_itqan@yahoo.com atau hafizbai@gmail.com

Terima kasih.

Tuesday, February 09, 2010

Hukum Menyambut Hari Kekasih " Valentine's Day"

Hukum Menyambut Hari Kekasih " Valentine Day"


SETIAP Februari, merentasi benua, pasangan kekasih, suami-isteri dan mereka yang berjiwa romantis akan saling bertukar hadiah, kad ucapan, bunga-bungaan atau makan malam. Tidak kurang berhibur dan menari semalaman di disko dan kelab malam sempena merayakan suatu hari yang dikenali sebagai 'Saint Valentine's Day' atau Hari Kekasih.

Siapakah dia St Valentine dan mengapakah beliau dikaitkan dengan perayaan Hari Kekasih di seluruh dunia ini ? Ada pelbagai versi asal asul Hari Kekasih . Pihak gereja Katholik mengenal pasti sekurang-kurangnya tiga paderi bernama Valentine @ Valentinus yang dikaitkan dengan mitos ini . Ketiga-tiga paderi ini menerima pengakhiran hidup yang sama iaitu mati dibunuh .

Versi pertama menceritakan mengenai St Valentine yang dikatakan sebagai seorang paderi yang berkhidmat dengan kerajaan Rom pada kurun ke-3 Masihi . Maharaja Claudius III mengeluarkan arahan melarang pemuda berkahwin dengan alasan pemuda bujang dapat memberi komitmen, taat setia dan khidmat yang lebih baik sebagai tentera Rom . St Valentine menganggap arahan Maharaja tidak adil. Lalu, secara rahsia terus mengahwinkan pasangan muda-mudi yang bercinta. Apabila kegiatan paderi ini terbongkar, Maharaja Claudius III memerintahkan beliau dihukum bunuh .

Versi kedua pula menyebut bahawa St Valentine dibunuh atas cubaan membebaskan tahanan beragama Kristian daripada kekejaman dan keganasan penjara kerajaan Rom. Sewaktu di penjara, dia bersahabat rapat dengan seorang gadis anak kepada pegawai penjara itu . Sebelum dibunuh, St Valentine menulis surat kepada kekasihnya itu dan menandatanganinya dengan ungkapan From Your Valentine . Mengapakah 14 Februari dipilih sebagai merayakan perayaan hari memperingati kekasih ini ? Tarikh 14 Februari 269 Masihi adalah tarikh St Valentine dijatuhi hukuman mati. Lalu , untuk mengingati dan menghormati dirinya yang dianggap sebagai wira cinta , tokoh yang dikaitkan dengan sifat kasih sayang serta sanggup berkorban demi persahabatan , Pope Gelasius , pada 496 Masihi mengisytiharkan 14 Februari sebagai 'St Valentine's Day' . Sejarah St Valentine telah lama berlalu walaupun masih terus diselubungi misteri. Namun, sesuatu yang pasti, sambutan Hari Kekasih ini berkait rapat dengan tradisi penganut agama Kristian dan kepercayaan masyarakat Rom kuno .

Sambutan hari memperingati kekasih tidak ada kena mengena dengan Islam , adat resam dan budaya Melayu atau tata susila orang Timur. Jauh sekali bersumber daripada ajaran agama Islam yang suci. Malangnya , orang Islam pada hari ini, terutama remaja, hatta pasangan suami isteri, begitu ghairah dan tanpa usul periksa membudayakan sambutan Hari Kekasih dalam kehidupan mereka .

Keseronokan ini disemarakkan lagi oleh pelbagai pihak yang mengambil kesempatan meraih keuntungan . Renungi firman Allah bermaksud: "Orang Yahudi dan Nasara (Kristian) tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, 'Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).' Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keadaan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu." (Surah al-Baqarah, ayat 120)

Daripada Anas, Nabi Muhammad saw bersabda bermaksud: "Tiga sifat yang sesiapa memilikinya akan merasakan kelazatan iman. "Pertama, jika dia mencintai Allah dan Rasulullah lebih daripada lain-lainnya. Kedua, jika dia mencintai sesama manusia semata-mata kerana Allah . Ketiga, enggan kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah daripadanya, sebagaimana enggan dimasukkan ke dalam neraka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah berkata , bersabda Rasulullah bermaksud : "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, kamu tidak dapat masuk syurga selagi tidak beriman, dan tidak beriman selagi tidak berkasih sayang sesama manusia. Sukakah saya tunjukkan perbuatan yang kalau kamu kerjakan dapat menimbulkan kasih sayang? Sebarkanlah salam antara kamu." (Hadis riwayat Muslim)

Umat Islam sewajarnya mengambil iktibar daripada peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Ismail dalam sambutan Aidiladha yang baru saja berlalu. Kisah kecekalan hati seorang ayah dan kesabaran , keredaan seorang anak (kecintaan kepada ALLAH) dalam menunaikan perintah Allah itu dirakamkan dalam firman-Nya bermaksud : "Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama (Nabi) Ibrahim, Ibrahim berkata : "Hai anakku, Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka, fikirkanlah apa pendapatmu." Dia (Nabi Ismail) menjawab: Hai ayahku! Kerjakanlah apa yang perintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang yang sabar." (Surah as-Saffat, ayat 102-103)

Ayat seterusnya merakamkan ketabahan dan kecekalan hati kedua-duanya dalam menjunjung (kecintaan kepada ALLAH) perintah Allah walaupun ternyata begitu berat dan hampir tidak mampu dilakukan , melainkan dengan keimanan kukuh dan Kecintaan yang mendalam terhadap Rabb-nya. Hayati lagi kisah mereka menerusi firman Allah bermaksud : "Tatkala kedua-duanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipisnya, (nyatalah kesabaran kedua-dua kamu telah membenarkan mimpi itu), sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar." (Surah as-Saffat, ayat 103-107)

Peristiwa besar itu diangkat martabatnya oleh Allah , lalu mewajibkan mereka yang mampu untuk melakukan ibadah korban setiap tahun pada Aidiladha, ketika berjuta-juta umat Islam seluruh dunia menunaikan ibadah haji. Itulah lambang keimanan dan kasih sayang sejati iaitu melakukan sesuatu hanya kerana mengharapkan ganjaran dan keredaan Allah semata-mata. Dalam suasana umat Islam masih berduka cita lantaran kesengsaraan dan musibah yang melanda, terutamanya di bumi Palestin, Selatan Thai, Iraq, Afghanistan, Aceh dan seumpamanya. Marilah, kita menghulurkan bantuan demi kasih sayang sesama insan. Pastinya bantuan kita itu tidak sia-sia (dari menyambut Valentine's day yang jelas boleh menjejaskan Aqidah umat Islam) kerana pahala sedekahnya akan dinikmati sepanjang hayat selagi insan yang menerima sumbangan itu memanfaatkannya .

"Mufti Perak telah mengingatkan , agar umat islam tidak menyambut hati kekasih atau Valentine's Day kerana ianya boleh menjejaskan Akidah umat islam, beliau menghukumkan HARAM kerana ada unsur-unsur pemujaan" .

" Begitu juga Majlis Fatwa Negeri Selangor, telah mengeluarkan fatwa, HARAM kita menyambut hari kekasih atau Valentine's Day kerana disana ada sifat (roh) pemujaan yang dilarang oleh islam yang mana boleh menjejaskan akidah umat islam"

Bersama-samalah kita pastikan keluarga kita tidak terjebak dalam sambutan hari kekasih atau Valentine's Day , semuanya ini adalah rancangan Yahudi dan Nasrani yang berusaha sehingga hari kiamat untuk memesongkan Akidah umat islam .

Islam mengharuskan kita untuk mengungkapkan rasa kasih dan sayang sesama kita teutama kepada IBU/BAPA/SUAMI/ISTERI dan Anak-anak kerana untuk mencari keredo'an Allah semata-mata setiap masa, bukan pada hari-hari tertentu seperti hari Valentine's Day. Tetapi perlu di ingat kasih sayang ini tidak boleh melebihi kasih sayang kita kepada ALLAH dan RASUL

Media masa dan cetak hendaklah berhenti menjadi ajen kepada Yahudi dan Nasrani, dengan tidak mengiklankan hari kekasih atau Valentine's Day .

Cinta yang sebenar ialah :

"CINTA KEPADA ALLAH SWT DAN CINTA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW"

Kempen Jerat V-Day

Tarikh: 7 Febuari 2010

Kenyataan Media

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen, iklan dan filem yang bertemakan perayaan ini. Perayaan ini biasanya diraikan dengan setiap pasangan memberikan hadiah kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam. Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Lebih-lebih lagi, apabila laporan akhbar menyatakan wujudnya kempen ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentine’ yang menular ke IPT-IPT dan sekolah-sekolah. Walaupun pihak atau individu yang memulakan kempen ini tidak kami ketahui, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang malarang umatnya mendekati zina. Maka, harus diingat, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Oleh itu, dengan ini Urusetia Menangani Gejala Sosial P.Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP), Angkatan Penuda Pemudi Islam (API) dan Komunti Suara Kehidupan (KoSuKe) akan memulakan kempen ‘Jerat Valentine Day’ bertujuan mendidik masyarakat terutama ibubapa tentang bahaya membiarkan budaya songsang ini terus hidup dalam masyarakat Islam. Dengan itu, kami akan turun ke peringkat akar umbi untuk berkempen dalam bentuk pengedaran poster, edaran cd-cd kesedaran, ceramah-ceramah umum, tayangan video-video kesedaran di pasar-pasar malam dan tempat awam. Acara kemuncak adalah program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial (LANDAS) yang bertujuan membentuk pendakwah lapangan yang berkemahiran tinggi pada 13 – 14 hb Feb dan Operasi Sayangi Remaja iaitu satu bentuk operasi pencegahan maksiat dalam bentuk kaunseling di lapangan yang akan dilaksanakan disekitar Pulau Pinang. Kami menyeru agar masyarakat Pulau Pinang member sokongan yang padu dalam usaha kami ini. Hubungi saudara Nurfitri Amir Muhammad di talian 013-7069509 untuk maklumat lanjut.


Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
Persatuan Ulama' Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP)
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)



Jerat V-Day. Copy dan send kepada kawan2.. Print, fotocopy dan tampal di tempat2 awam..


InsyaAllah bnyk pahala.
 
sumber diperolehi daripada: http://abujihad-fisabilillah.blogspot.com/2010/02/valentines-daymengarut.html

Anda Bijak Jauhi Kempen 'No Panties', Anda Bijak Jauhi Zina

Adakah kita semua terutamanya ibu bapa sedar tentang Kempen 'No Panties' @ tidak perlu memakai seluar dalam pada 14 Februari ini?

Apakah tindakan kita???

* Pastikan anak-anak/adik-beradik/saudara-mara/kawan-kawan/jiran-jiran perempuan kita tidak melibatkan diri dalam kempen ini...

* Halang mereka yg ingin menyertai kempen ini. Tegurlah...

* Jagalah maruah diri kita... Jadilah orang yang Bijak (JOM JADI BIJAK)... Jauhi perbuatan tidak bermoral ini...

Sebar-sebarkan....


http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/29/nation/5567822&sec=nation

Bare your love this Valentine’s Day, female students urged

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

The “no-panties promotion”, being held for the first time, has apparently been gaining interest among the students, who are passing the news by word-of-mouth.

Two students in their 20s from Shah Alam, known only as Ummi and Melissa, said they were aware of the “promotion.”

“I feel it is personal,” said Ummi with a smile.

“Valentine’s Day is a good time to express one’s love. And, what we use or don’t use is our right, our freedom. But we will do what is right. It’s a new world now.”

Melissa claimed that there was already a large group who planned to go ahead with it.

“We will know how many by Valentine’s evening.”

State Islamic Affairs Department (Jais) director Datuk Mohammed Khusrin Munawi said:

“We will not allow Muslim students to be taken in by such celebrations that deviate from the teachings of Islam.”


source: http://www.wayangtimes.com/malaysia-promotion-for-valentines-day-2010.html

There is a new hype in Malaysia that is quickly gaining fans among students but upsetting many conservatives.

An unnamed group in Malaysia has decided that the best way to express their love to their boyfriends is to have a “no panties” promotion. Word of mouth have spread among many female students in Malaysia’s educational institutes of higher-learning where they are being persuaded to follow this campaign as an expression of true love for their boyfriends.

The group has been successful as many students are planning to ahead with this campaign on Valentine’s Day on 14 February 2010.

This campaign which is being promoted in Malaysia for the first time have its detractors. On the other side of the fence are the more conservative group who thinks that Muslim students should not celebrate in this manner as it will deviate from the teachings of Islam.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat.


Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.


Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.


Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini.


Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?


Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.


************ ********* ********* ********
STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA


Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.


Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.


STATISTIK


Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.


Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!


Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.


Pecahan mengikut negeri:


Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.


http://berita- harian-online. com/statistik- anak-luar- nikah-di- malaysia/

Friday, February 05, 2010

Perhimpunan Perdana Bersama Ulamak Palestin

Assalamualaikum



Perhimpunan Perdana Bersama Ulamak Palestin
Tarikh: Sabtu 6 Feb 2010
Masa: 2.30pm-5.30pm
Tempat: Auditorium Masjid Wilayah Jln Duta KL.


Semua dijemput, bawalah keluarga. Datanglah! suburkan jihad di jln Allah. AlQuds masih terjajah-sebarkan.


Dr Hafidzi MN
PACE

Pelajar PhD kita terima anugerah Ratu Elizabeth

Daripada Harny Abu Khair di London
bhnews@bharian.com.my












Noor Zaiton Yahaya

SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.

Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini.

Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.

Tahun lalu, Noor Zaiton turut diberi penghormatan menyampaikan ucaptama dalam persidangan antarabangsa Urban Environmental Management and Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagen, Denmark.

Noor Zaiton ketika dihubungi, berkata pengiktirafan itu meletakkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Setakat ini, saya belum pernah dengar mana-mana pelajar Malaysia menerima anugerah berprestij ini dan saya sangat bersyukur kerana terpilih menerimanya. Ia adalah kejayaan negara dan UMT.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami," katanya.

Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian.

"Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama.

Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara.

"Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar," katanya.